Monday, 7 March 2011

Majlis Jamuan Pertukaran Staf dan Pencen



Tanggal 1 Mac 2011, PTKM telah mengadakan satu keraian bagi menghargai kakitangan yang telah pencen pada awal tahun ini atas bakti dan jasa mereka sepanjang berkhidmat di PTKM. Di samping itu, majlis ini juga bagi meraikan beberapa kakitangan yang berjaya dalam kenaikan pangkat dan bertugas ke jabatan baru. Tahniah diucapkan  kepada kakitangan yang berjaya dalam kenaikan pangkat dan berkhidmat dengan lebih dedikasi lagi.

Kakitangan yang tamat perkhidmatan setelah berkhidmat sekian lama dengan PTKM terdiri daripada:
1. Pn Rohani Bt Jaafar
2. Pn Syarikah Norlia Bt Syed Abdullah

Kakitangan yang berjaya dalam kenaikan pangkat terdiri daripada:
1.Pn Siti Zahirah Bt Abd Hamid
2.Hj Mohd Yatim@Nordin Bin Ahmad
3.Pn Hjh Maznah Bt Omar

Pertukaran Biasa:
1.Pn NorAzlina Bt Ahmad
2.Cik Najwa Bt Arshad.
.

Latar Belakang


Daerah Kuala Muda merupakan daerah yang kedua terbesar dari segi pentadbiran selepas daerah Kota Star.Daerah Kuala Muda meliputi kawasan seluas 922.6 km persegi bersamaan 92,268.4 hektar. Keluasan ini dibahagi kepada 16 mukim iaitu Mukim Sungai Petani, Gurun, Kuala Haji Kudong, Bukit Meriam, Kota Sungai Pasir, Pinang Tunggal, Bujang, Simpor, Merbok, Semeling, Pekula, Rantau Panjang, Sidam Kiri dan Teloi Kiri.

Pejabat Tanah Kuala Muda awalnya bertempat di Pekan Kota Kuala Muda iaitu 20 km dari Pekan Sungai Petani.Pada tahun 1926 sebuah bangunan telah didirikan menempatkan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Kuala Muda yang menelan belanja sebanyak RM 95,000.00. Pentadbiran Pejabat Tanah Kuala Muda ditadbir oleh Pegawai Daerah sehinggalah pada tahun 1967 Pejabat Tanah ditadbir sendiri oleh Pemungut Hasil Tanah (lebih dikenali dengan Raja Tanah). Pemungut Hasil Tanah yang pertama ialah Dato Syed Mansur Barakhbah.
Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan 2 tingkat didirikan untuk menempatkan kakitangan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah dengan menelan belanja sebanyak RM 1 juta . Pejabat Tanah terbahagi kepada 2 blok iaitu Blok A yang menempatkan Unit Hasil, Unit Urusniaga, Unit Pendaftaran Surat Hakmilik, Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Unit Bahan Batuan, Unit Pengambilan dan Bilik Kebal untuk menyimpan geran-geran tanah dan Bilik Penolong Pentadbir Tanah I.

Manakala Blok B menempatkan Bilik Penolong Pentadbir Tanah II, Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Ubah Syarat, Unit Pelan, Unit Teknikal, Unit Permintaan Tanah (Pemberimilikan) , Unit Lelong dan Unit Penghantar Notis. Manakala Bilik Pentadbir Tanah terletak ditengah-tengah bangunan di antara Blok A dan Blok B.